Friday 8 March 2013

TONTON: Jangan Ganggu Aku (2013) Cerekarama


Jangan Ganggu Aku mengisahkan Razif yang berkorban segalanya untuk membesarkan adik-adiknya, Romi dan Rosma. Dia terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan bekerja dalam usia yang masih muda semata-mata mahu memastikan mereka bertiga dapat hidup sempurna.
Kesusahan hidup itu membuatkan dia bersikap amat tegas dan terlalu mengawal Romi yang sudahpun bekerja sendiri setelah menamatkan pelajaran di universiti dan Rosma yang masih belajar di kolej. Romi dan Rosma selalu meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap Razif yang terlalu tegas dan amat mengongkong walaupun mereka sudah boleh berdikari.
Romi pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar tetapi dihalang keras oleh Razif atas alasan pesanan terakhir ayah mereka yang mahukan mereka tinggal sebumbung walaupun setelah berkahwin. Romi tidak tahan diperlakukan seperti budak kecil dan semuanya dikawal oleh Razif yang berlagak seperti seorang ayah.
Razif mengambil langkah mengurungkan diri berhari-hari di dalam bilik keramatnya kerana tidak mahu diganggu. Apakah yang berlaku seterusnya?

TONTON JANGAN GANGGU AKU (2013) : CLICK HERE 

No comments:

Post a Comment