Tuesday 12 March 2013

TONTON: Kerana Lelaki Itu (EPISOD 4)


Sinopsis, drama Kerana Lelaki Itu penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam dan Syukri bersama Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat.
Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana. Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah.
Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi.
Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalah menjadi kecurigaan kepada para media. Apakah kesudahan kepada kedua rumahtangga ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara?
TONTON KERANA LELAKI ITU (EPISOD 4) : CLICK HERE
EPISOD LAIN: CLICK HERE

No comments:

Post a Comment