Tuesday 19 March 2013

TONTON: Kiamat Sudah Dekat

Fandy (Andre Stinky) seorang pemuda yang berasal dari Indonesia tetapi telah dibesarkan di Amerika Syarikat. Setelah kembali ke negara asalnya, gaya hidup dan pergaulannya sangat kebaratan. Kekayaan bapanya membuatkan Fandy hidup mewah dan menbuhkan sebuah band rock bernama Donkol.Suatu hari, setelah selesai berlatih, ketika sedang melalui sebuah perkampungan dengan menunggang motosikal, satu insiden telah berlaku. Secara tidak sengaja, mukanya terkena lemparan ais krim dari seorang kanak-kanak. Ketika Fandy membasuh mukanya di sebuah surau, kasutnya telah dicuri oleh Saprol (Dwiki Reza), seorang kanak-kanak dari kampong tersebut.Fandy mengejar Saprol dan terhenti apabila Saprol berlari dan bersembunyi di sebuah rumah. Fandy tidak lagi memarahi Saprol apabila terlihat seorang gadis bertudung litup sedang menjemur pakaian iaitu Sarah (Ayu Pratiwi). Fandy menyangka Saprol adik Sarah tetapi silap. Sarah adalah anak Haji Romli (Deddy Mizwar) seorang duda yang sangat alim dan mempunyai pandangan berbeza tentang cinta dan perkahwinan berbanding orang lain termasuk Fandy dan keluarganya.Fandy cuba melamar Sarah tetapi dikenakan bebarapa syarat oleh Haji Romli. Fandy yang sangat jahil tentang agama diminta belajar bersolat dan membaca Al-Quran sehingga pandai. Orang yang mengajarnya tidak lain dan tidak bukan ialah Saprol, kanak-kanak yang pernah mencuri kasutnya. Bukan sekadar itu, Fandy diminta mempelajari ilmu ikhlas. Dalam waktu yang sama, Sarah bakal dikahwinkan dengan anak kawan baik Haji Romli yang sedang menuntut di sebuah universiti di Mesir dalam bidang agama. Usaha keras Fandy dan pertembungan dua budaya yang sangat berbeza ini telah membuatkan filem ini sangat menarik dan mampu menghiburkan penonton segenap lapisan umur. Mampukah Fandy memenuhi semua syarat tersebut kerana cintanya kepada Sarah? Perubahan gaya hidup Fandy telah menimbulkan rasa hairan di hati keluarga dan kawan-kawannya. Apabila ditanya, Fandy terus menjawab; KIAMAT SUDAH DEKAT MAN…!

TONTON KIAMAT SUDAH DEKAT : CLICK HERE 

No comments:

Post a Comment