Thursday 6 June 2013

Tonton The Apprentice Asia (Full Episod )

The Apprentice Asia disertai oleh 12 peserta yang mempunyai latar belakang yang cukup hebat dari enam negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan India.
Rancangan realiti terkemuka ini telah difilemkan di Singapura dan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama dan diadapatasi dari rancangan siri realiti Amerika Syarikat berdasarkan format yang dicipta oleh pengasas realiti TV, Mark Burnett ( The Voice dan Survivor) dan diterbitkan oleh Fremantlemedia Asia sebuah syarikat hiburan global yang hebat dan terkenal.
Menarik tentang The Apprentice Asia ialah ianya akan dihoskan oleh hartawan syarikat penerbangan tambang murah dari Malaysia, Air Asia, iaitu Tan Sri Tony Fernandes. Turut menjadi juri utama adalah dua nama besar yang berpengalaman luas dalam bidang usahawan iaitu Mark Lankester, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotel dan Ketua Pegawai Eksekutif Expedia Asia, Kathleen Tan.
Ketiga-tiga nama besar ini akan menjadi tulang belakang kepada 12 usahawan muda terbaik The Apprentice Asia untuk membuktikan siapa yang lebih layak digelar juara The Apprentice Asia.
Mark Lankester dan Kathleen Tan ditugaskan untuk memantau setiap pasukan sewaktu mereka menjalankan tugasan dan pendapat serta komen mereka berdua sangat berguna buat Tony Fernandes untuk menentukan siapa yang bakal dipecat terus dari The Apprentice Asia.
TubeVersion
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28

No comments:

Post a Comment