Tuesday, 12 February 2013

TONTON:Sehangat Asmara (EPISOD 10)


Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. 
Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. 
Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?
Dibintangi pelakon utama iaitu Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena.

TONTON Sehangat Asmara (EPISOD 10): CLICK HERE 
EPISOD LAIN: CLICK HERE

Monday, 11 February 2013

TONTON & Download: Jodoh (EPISOD 2)


Jodoh megisahkan seorang jejaka bujang bernama Azlan yang kacak tekad ingin mencari cinta melalui sebuah program mencari cinta dan jodoh yang diberi nama ‘Jodoh’. Azlan telah memberanikan diri dengan menyertai program tersebut demi mencapai hasrat beliau mencari jodoh yang bersesuaian dengan dirinya.
Di dalam program tersebut, Azlan dikehendaki untuk memilih seorang teman wanita daripada 10 orang peserta wanita sebagai calon jodohnya di mana mereka harus melalui proses penyingkiran setiap minggu.
Ketika berada di program tersebut, Azlan sangat terpikat dengan seorang wanita bernama Katya, akan tetapi disebabkan undian oleh para penonton dan peminat, Olly menjadi pilihan yang sesuai buat Azlan berbanding dengan Katya.
Oleh yang demikian, Azlan dipaksa oleh pihak produksi program untuk tidak menyingkirkan Olly dari program Jodoh dan ini menyebabkan kedua-dua mereka terjebak dalam situasi yang sangat lucu kerana mereka berdua tidak menyukai antara satu sama lain.
Apakah yang akan berlaku kepada mereka berdua ketika sesi program Jodoh dijalankan? Bagaimana Olly boleh menyertai program Jodoh dan apakah tujuan Olly menyertai program Jodoh?

TONTON JODOH (EPISOD 2): CLICK HERE
EPISOD LAIN: CLICK HERE
FOR DOWNLOAD: CLICK HERE 

Tonton&Download:Rindu Bertamu Di Abu Dhabi(EPISOD1)


Kisah bermula di kota Abu Dhabi. Firdaus Amir, jurutera kanan di Abu Dhabi Properties, amat dihormati walaupun dia seorang sahaja Melayu dikalangan pekerja di situ. Lakonan Fahrin Ahmad dan Tasha Shilla. Hairi, penyelia di kilang ke rumah Haji Ilham kerana ada kecurian di kilang. Haji Ilham dan anak bongsunya, Fareez bergegas ke kilang. Di rumah, Mira mundar-mandir di bilik sambil berbual dengan rakan-rakan menerusi laman sosial Facebook. Ketika sedang hendak keluar rumah, Fatin Zaharah bertemu dengan Faiz. Seperti kebiasaan, Faiz akan menyakitkan hati Fatin dengan kata-katanya. Hajah Kirana terus rancak berbual dengan ibunya tentang Fifi. Bagi Mak Piah pula, dia tidak mampu berkata apa-apa dan baginya memang Faiz tidak mudah dinasihati. (sorry guys, Sinopsis Astro, nanti ada full synopsis kaze update)
Lakonan Fahrin Ahmad, Dato' Rahim Razali, Shah Jazsle, Aiman Hakim Ridza, Fouziah Gous, Tasha Shilla, Lidyawati, Kismah Johar, Syatilla Melvin, Elyssa Murni Johari, Abdul Rahman Suud, Raja Ema, Riz Amin, Hairi Safuan, Fendi Seman, Che Putih, Hanan Hassan, Mak Jah, Zainol Ismail, Rozita Ali, Noraini Shahbudin, Rudy Rejab, Mohd Dannial Shaiful Nizam, Mohd Hasrizal Hassan, Baby Alia Sarah.
Lagu latar, Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad, Yang Bertakhta - Bob, Secebis Harapan - Nora, Kau Tak Pernah Jauh - Nora.

TONTON Rindu Bertamu Di Abu Dhabi(EPISOD1): CLICK HERE
EPISOD LAIN: CLICK HERE
FOR DOWNLOAD : CLICK HERE

Tonton&Download:Dalam Setiap Sujudnya(Episod10)


 Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.
        Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).
        alangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).
        Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.
        Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya hanya di TV9!

TONTON DALAM SETIPA SUJUDNYA (EPISOD10): CLICK HERE
EPISOD LAIN: CLICK HERE
FOR DOWNLOAD : CLICK HERE

TONTON: Janji Sirah (EPISOD 7-9)

Janji Shirah drama siri baru akan mula ditayang 9 malam ini. Sinopsis ringkas, sekumpulan pelajar terdiri daripada Daniel, Titin dan Sham Maria berbincang untuk mencari model bagi projek akhir mereka dan Shirah disarahkan paling sesuai. Shirah, seorang penuntut tahun akhir dalam jurusan Perhubungan Awam dan Komunikasi, cantik dan sentiasa ceria dengan hidupnya. Shirah sudah mempunyai teman lelaki iaitu Luqman, pelajar kejuruteraan. Pada masa sama, Mira, sahabat baik Shirah sebenarnya memendam perasaan terhadap Luqman. 

TONTON JANJI SIRAH: EPISOD 7-8 | EPISOD 9 

EPISOD LAIN: CLICK HERE

TONTON:Juvana(2013)

Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.

TONTON JUVANA (2013) :CLICK HERE
                                         CLICK HERE( FOR TUBE VERSION)

Sunday, 10 February 2013

TONTON: Betul Ke Bohong (Musim Ke-3) Episod7

Sebuah rancangan berbentuk hiburan ,Musim ke 2 pasti lebih menarik daripada musim pertama jadi jagan lepaskan peluang menonton.

TONTON BETUL KE BOHONG (EPISOD 7) : CLICK HERE
EPISOD LAIN: CLICK HERE