Saturday 26 January 2013

TONTON: Budak Flat Jalan Bayan


Budak Flat Jalan Bayan mengisahkan Reza penghuni flat murah Jalan Bayam dibuang sekolah ketika di tingkatan 4. Jalan Bayam memang sudah terkenal dengan "black area" sejak dahulu.
Setelah kematian datuknya, Reza menjadi semakin liar dan terlibat dengan kegiatan samseng curi motor. Kepulangan Aqus, iaitu ayah kandung Reza membuatkan Reza lebih terluka. Reza membenci Agus yang tidak pernah memberikannya kasih sayang.
Reza ingin menjadi lebih jahat dari Agus. Agus bercadang membuka semula warung roti canai milik arwah ayahnya yang telah lama ditutup. Pelanggan lama datuknya kembali datang walaupun perniagaan Agus tidak mendapat sambutan. Warung Agus mendapat tentang dari Haji Junid, seorang pendakwah yang selalu menganggap dirinya bagus.
Hubungan Reza dan Agus mulai jernih selepas Agus menyelamatkannya dari dipukul oleh sekumpulan Mat Rempit dan sejak itu, Agus melihat kesungguhan Reza untuk berubah menjadi baik. Warung itu simbol kepada penghijrahan mereka.
Agus berharap Reza dapat meneruskan perniagaan di warung itu. Mereka memulakan hidup baru dan meninggalkan bayangan hitam mereka.
Lagu latar: Subhanallah - Imam Muda 3, Jatuh - Liyana Fizi, Yang Satu - Tonawarna, Anggur - Nastia.
Lakonan Syafie Naswip, Namron, Sharifah Aryana, Puteri Chichi, Razak Ahmad, Ghadafi Meleiki, Helmy Hakim, Aleza Shadan, Dila Ahmad.


TONTON  BUDAK FLAT JALAN BAYAN: CLICK Here 

No comments:

Post a Comment